FACEBOOK

Zainul Iman Abdul Malek's Facebook profile

My Best Clock


18 September 2008

Tazkiatun Nafs oleh Ummu Izzah

Allah SWT telah menyediakan fasa-fasa tertentu kepada umat Islam untuk membuat muhasabah,pembaikan dan pembinaan diri melalui perancangan detail yang begitu tersusun. Ada perancangan harian, mingguan, bulanan, tahunan dan sepanjang hidup.

Setiap hari 5 kali solat fardhu diwajibkan ke atas umat Islam untuk kita semak kualiti diri kita bermula daripada solat subuh lagi, kita bekerja dan bermuamalah dengan masyarakat selepasnya, tengaharinya Allah menyediakan kita stesyen Zohor untuk kita semak performance diri kita dengan Allah dan dengan manusia, petangnya kita bermuammalah semula dengan manusia, banyak salah laku yang kita lakukan, Allah menyediakan stesyen Asar untuk kita perbetulkan diri kita begitulah seterusnya stesyen Maghrib, dan Isyak. Kita perlu berhenti sejenak di stesyen ini kerana kegagalan kita untuk berhenti dan mengikut arahan pemilik stesyen 'ibadah' ini mengakibatkan kita kehilangan 'point' untuk diisi dalam kad 'Real Reward' kita. Tawaran Allah untuk kad 'Real Reward' ini cukup hebat, tidak terduga oleh akal manusia, tidak akan berlaku luput tempoh, tidak akan berlaku kekhilafan dan keterlupaan ataupun mungkir dalam janji tawaran ini kerana Allah tidak pernah khilaf. Namun begitu untuk mendapatkan point Real Reward tidak semudah 'swipe' kan kad anda di stesyen-stesyen tadi, sebaliknya anda perlu memiliki ciri-ciri ikhlas dalam melaksanakan tugasan, sungguh-sungguh (itqhan) dalam melakukan tugasan dan yang penting juga anda perlu ikut arahan Penganjur tugasan ini

" Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat" (Al Hadith)

"Dan apa-apa yang disuruh kepada kamu oleh Rasul maka ambillah dan apa-apa yang di larang olehnya maka tinggalkanlah" (Al Quran)

Begitulah Allah menyediakan perancangan harian kepada makhluk yang diciptakanNya agar makhluk ciptaanNya ini akan mampu untuk menjalankan amanah kehidupan yang akan dilaluinya.

Apa akan jadi sekiranya arahan-arahan Penggubal Dasar kehidupan manusia berkaitan dengan persinggahan di 5 stesyen harian ini tidak diendah dan dipedulikan oleh manusia? Penggubal dasar tidak pernah rugi, kerana Dia memiliki keseluruhan diri manusia dan makhluk dan tidak akan pernah ada pemilikan bersama terhadap seluruh jagat raya. Manusia merasakan kerugian dengan sedikit pinjaman pemilikan sementara yang diberikan oleh Penggubal dan Pemilik semesta sehingga tidak mahu berhenti di 5 stesyen yang ditetapkan. Manusia hanya bersandar kepada keuntungan dan kerugian secara fizikal dengan mengenepikan keuntungan menyeluruh yang telah Allah sediakan kepada mereka yang berhenti di stesyen-stesyen tadi.
Apakah bentuk-bentuk kerugian yang perlu kita tanggung dengan kegagalan kita menyahut lambaian stesyen tadi. Apa yang perlu kita fahami ialah Pencipta dan Pemilik stesyen ini tidak pernah langsung berkehendakkan kita. Tiada istilah untung dan rugi pada diri Pencipta, sekiranya semua manusia tak nak singgah di stesyen ini, Pencipta ini tak akan rugi dan sekiranya semua manusia nak singgah ianya juga tidak sedikit menambah keuntungan Pencipta. Maksudnya untung rugi jika tidak singgah di stesyen hanya berlaku kepada makhluk.


-bersambung-

0 comments: